
- JBS Sarawak
- Hits: 70
LIMA PROGRAM SUKAN DILAKSANAKAN PADA BULAN MEI
- JBS Sarawak
- Hits: 70
Disediakan oleh: RJH, JBSN Sarawak
Kuching, 6 Mei 2025 - Lima program sukan bakal dilaksanakan sepanjang bulan Mei ini sebagai inisiatif memupuk gaya hidup sihat dan meningkatkan penyertaan belia dalam aktiviti fizikal.
Mesyuarat penyelarasan Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah diadakan di Bilik Mesyuarat Sejinjang, JBSN Sarawak melibatkan Bahagian Pembangunan Sukan.
LMesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Puan Fatimah binti Abdul Rahman, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan. Antara fokus utama mesyuarat ialah pelaksanaan program yang berimpak tinggi serta melibatkan kerjasama pelbagai agensi.
Puan Fatimah menekankan kepentingan pengurusan yang cekap demi kejayaan semua program yang dirancang. Pelaksanaan dijangka berjalan lancar sepanjang bulan ini.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamSukan
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama