- JBS Sarawak
- Hits: 141
PEMINAT E-SUKAN JUGA TIDAK KETINGGALAN DALAM MENJAYAKAN HSN PERINGKAT BAHAGIAN MIRI 2024
Disediakan oleh : A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 22 OKTOBER 2024 – Pertandingan e-sukan yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri dengan kerjasama Miri City E-Sport Club telah diadakan pada 19 Oktober 2024 lalu bertempat di Majlis Bandaraya Miri. Acara ini menyaksikan persaingan sengit di kalangan peserta dalam permainan Honor of Kings, di mana pasukan Bounty Hunter muncul sebagai juara dan membawa pulang trofi. Pasukan Brotherhood dan HuaGuo Mountain masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Roley Anak Lagir, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri. Tempat keempat disandang oleh N74 Pujut, diikuti oleh Get the A Team in Math, Mamba24, Sui Bian, dan FNC, yang berkongsi tempat kelima.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta yang telah menunjukkan semangat dan bakat luar biasa. Pertandingan ini bukan sahaja mengukuhkan semangat kesukanan, tetapi juga mempromosikan e-sukan di kalangan golongan muda di Miri.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
- JBS Sarawak
- Hits: 141
