
- JBS Sarawak
- Hits: 78
Mesyuarat Penyelarasan Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 78
Disediakan oleh : MNN, JBSN Sarawak
SERIAN, 05 MEI 2025 – Satu Mesyuarat Penyelarasan Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2025 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Residen Bahagian Serian.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Puan Caroline Cleophas Joseph, Residen Bahagian Serian. Mesyuarat ini diadakan untuk memaklumkan dan menerangkan berkenaan Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2025 yang akan di sambut di Bahagian Serian pada 16-17 Mei 2025 bertempat di Serian Conference Centre.
Pembentangan mesyuarat ini telah disampaikan oleh Encik Lamat Anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Sambutan Hari Belia Negara (HBN) biasanya diadakan untuk menghargai dan memberi penghormatan kepada sumbangan golongan belia dalam pembangunan negara. Tahun ini merupakan edisi ke-61 sambutan HBN yang bertemakan “Yakin Boleh”, selari dengan aspirasi kerajaan untuk melahirkan generasi belia yang berdaya saing, berkeyakinan tinggi serta mampu menghadapi cabaran masa depan.
Sebanyak 13 ‘Port’ utama bakal menjadi tarikan dengan aktiviti yang disesuaikan dengan minat dan keperluan belia masa kini, antaranya Port Makan-Makan, Port Gaya & Trend, Port Healing, Port Gaming (E-Sukan), Port Jana Duit dan Port FYP. Pavilion khas turut disediakan untuk Rakan Muda dan Saberkas/NGO. Sehubungan itu, golongan belia serta seluruh masyarakat dijemput hadir untuk memeriahkan program sambil merebut peluang menyertai pelbagai aktiviti menarik yang bakal berlangsung nanti.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#BahagianPembangunanBelia