
- JBS Sarawak
- Hits: 59
Lawatan Tapak Bagi Sambutan Hari Belia Negara (Hbn) Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 59
Disediakan oleh : MNN, JBSN Sarawak
SERIAN, 05 MEI 2025 – Sesi lawatan tapak bagi Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2025 telah dilakukan sendiri oleh Encik Lamat Anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak bersama pegawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Bahagian Serian telah di pilih sebagai tuan rumah bagi Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Negeri Sarawak pada tahun ini yang akan berlangsung pada 16-17 Mei 2025 di Serian Conference Centre.
Lawatan tersebut turut dihadiri Encik Abdul Khalid Manap, Timbalan Residen Bahagian Serian. Lawatan ini bertujuan untuk memastikan kesesuaian tempat dan melihat keperluan lain yang diperlukan sebagai persediaan sebelum penganjuran dan memastikan segala perancangan yang telah dibincangkan sebelum ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.
Sebanyak 13 ‘Port’ utama bakal menjadi tarikan dengan aktiviti yang disesuaikan dengan minat dan keperluan belia masa kini, antaranya Port Makan-Makan, Port Gaya & Trend, Port Healing, Port Gaming (E-Sukan), Port Jana Duit dan Port FYP. Pavilion khas turut disediakan untuk Rakan Muda dan Saberkas/NGO. Sehubungan itu, golongan belia serta seluruh masyarakat dijemput hadir untuk memeriahkan program sambil merebut peluang menyertai pelbagai aktiviti menarik yang bakal berlangsung nanti.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#BahagianPembangunanBelia