Penyerahan Sijil Pendaftaran Kepada Kelab Muaythai Matak Kayau

Penyerahan Sijil Pendaftaran Kepada Kelab Muaythai Matak Kayau

Disediakan oleh: M. Sherman, JBSN Sarawak.

KAPIT, 13 Mei 2025 – Kelab Muaythai Matak Kayau secara rasminya telah menerima sijil pendaftaran badan sukan daripada Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia. Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit, Puan Olivia Kaminis telah menyerahkan sijil tersebut bagi mewakili PJS Malaysia dalam satu majlis ringkas yang diadakan pada 8 Mei lalu.

Kelab Muaythai Matak Kayau ditubuhkan dengan matlamat untuk mengembangkan sukan seni bela diri Muaythai dalam kalangan belia setempat, serta menyediakan platform latihan, pertandingan dan pembangunan bakat secara lebih tersusun dan bertauliah.

Menurut Presiden kelab, penubuhan kelab ini juga merupakan satu langkah positif ke arah memperkasa belia melalui disiplin sukan dan aktiviti sihat, selain membuka peluang kepada atlet tempatan untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.
Pejabat Belia dan Sukan Kapit menyambut baik penubuhan kelab tersebut dan berharap ia dapat bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan dalam menganjurkan program pembangunan sukan dan belia di kawasan pedalaman.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani #pbsbkapit

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search