
- JBS Sarawak
- Hits: 65
KUNJUNGAN HORMAT KEPADA DATU RESIDEN BAHAGIAN SARIKEI
- JBS Sarawak
- Hits: 65
Disediakan Oleh : MA. Johari, JBSN Sarawak
SARIKEI, 9 Mei 2025 : Rombongan Pejabat Belia dan Sukan yang diketuai oleh Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Datu Michael Ronnie anak Langong, Residen Bahagian Sarikei. Kunjungan hormat ini diadakan bagi mempersilakan YBhg Datu Residen untuk mempengerusikan Majlis Perundingan Belia Negara peringkat Bahagian Sarikei yang akan diadakan pada 28 Jun 2025 di Sarikei Innovation Center. Berbagai perkara termasuk kalendar program pembangunan Belia, Sukan dan Rakan Muda turut dibincangkan dalam pertemuan ini.
Hadir bersama ialah Puan Jamaika binti Marciano, Cawangan Pembangunan Belia dan Haji Abdul Rani bin Hj. Jemi, Cawangan Pembangunan Sukan di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei.
Semoga segala perancangan MPBN bahagian Sarikei akan berjalan dengan lancar.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d