Disediakan Oleh : ARJ, PBSB Sarikei
Sarikei, 20 Oktober 2024 : Bersempena dengan sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Sarawak 2024, satu Pertandingan Aerobicthon Peringkat Bahagian Sarikei telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Program ini telah diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Seberang Sarikei dan sambutannya amat menggalakkan. Seramai 20 pasukan telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Pasukan Saiff Va'ie muncul sebagai Juara , Naib Johan Adol Fitness Zone dan Ketiga dimenangi oleh SGC Sarikei. Majlis penangguhan dan Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sulan Bahagian Sarikei. Turut hadir bersama En. Abdul Rani Bin Jemi Pembantu Belia dan Sukan Bahagian Sarikei.
Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk memupuk semangat bersukan dan menyerlahkan bakat masyarakat dalam aktiviti sihat dan bermanfaat. Menyediakan peluang peningkatan pengetahuan dan kemahiran di dalam aktiviti kecergasan.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei sangat berterima kasih kepada semua yang menjayakan program ini, semoga dengan adanya program ini memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan mengamalkan hidup yang aktif dan cergas.

- JBS Sarawak
- Hits: 173