
- JBS Sarawak
- Hits: 66
Lawatan Tempat Program Seminar Kecergasan Eksekutif di Raia Hotel
- JBS Sarawak
- Hits: 66
Disediakan oleh: RJH, JBSN Sarawak
Kuching, 9 Mei – Satu lawatan tapak telah diadakan oleh Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Sarawak ke Raia Hotel Kuching sebagai persiapan bagi pelaksanaan Program Seminar Kecergasan Eksekutif yang dijadualkan berlangsung dari 14 hingga 16 Mei 2025.
Lawatan diketuai oleh Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Puan Fatimah binti Abdul Rahman, bersama beberapa pegawai pelaksana bagi memastikan kelancaran dan kesesuaian lokasi program.
Seramai 20 peserta dijangka menyertai seminar ini yang bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kecergasan dalam kalangan pegawai dan eksekutif kerajaan persekutuan dan negeri.
Semasa lawatan, pihak pengurusan hotel memberikan taklimat mengenai kemudahan sedia ada termasuk bilik seminar, penginapan, serta ruang aktiviti fizikal yang akan digunakan semasa program berlangsung.
Puan Fatimah menzahirkan keyakinan bahawa Raia Hotel adalah lokasi yang sesuai dan strategik bagi menjayakan seminar ini, sejajar dengan matlamat untuk mempromosi gaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja.
Program ini turut dijangka membuka ruang kerjasama strategik antara pegawai sektor awam dalam pembangunan sukan dan kecergasan di Sarawak.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamSukan
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama