
- JBS Sarawak
- Hits: 51
Debaran Semakin Terasa: Persiapan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Sarawak 2025 di Serian
- JBS Sarawak
- Hits: 51
Disediakan oleh : MNN, JBSN Sarawak
Kuching, 12 Mei 2025 – Debaran kian terasa menjelang Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Negeri Sarawak 2025 yang bakal berlangsung pada 16 dan 17 Mei ini di Serian Conference Centre. Program tahunan yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) Sarawak ini dijangka menghimpunkan ribuan belia dari seluruh negeri dalam pelbagai aktiviti yang berteraskan semangat patriotisme, kepimpinan dan pembangunan jati diri.
Menurut Encik Zamrie Bin Ramdin, Pegawai Bahagian Pembangunan Belia, JBSN Sarawak, persiapan kini berada pada tahap akhir dengan kerjasama erat pelbagai agensi kerajaan, NGO belia, serta pihak berkuasa tempatan bagi memastikan kelancaran acara. Antara pengisian program termasuklah forum belia, pameran kerjaya, sukan rakyat, persembahan kebudayaan serta sesi libat urus bersama pemimpin belia.
“HBN bukan sekadar sambutan, tetapi wadah memperkasakan suara dan peranan belia dalam pembangunan negeri,” katanya. Tambah beliau, Serian dipilih sebagai lokasi kali ini bagi memperluas jangkauan program ke daerah luar bandar.
Orang ramai dijemput hadir bagi menyokong dan meraikan semangat belia Sarawak yang progresif dan berdaya saing.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamBelia
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#HBN2025