PERBINCANGAN PELAKSANAAN PROGRAM MALAYSIA AKTIF TAHUN 2025 PERINGKAT BAHAGIAN BETONG

PERBINCANGAN PELAKSANAAN PROGRAM MALAYSIA AKTIF TAHUN 2025 PERINGKAT BAHAGIAN BETONG

Disediakan oleh: Azira, JBSN Sarawak

BETONG, 9 Mei 2025 - Satu sesi perbincangan mengenai pelaksanaan Program Malaysia Aktif Peringkat Bahagian Betong Tahun 2025 telah diadakan pada 8 Mei 2025 bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong.

Perbincangan tersebut dipengerusikan oleh Cik Nurulzamzam bt Hj Shafi'ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong, dan dihadiri oleh Kelab Sukan Kecergasan Indai Tai Saratok selaku rakan strategik dalam pelaksanaan program ini. 

Antara objektif program ini adalah menyemai budaya gaya hidup aktif melalu aktiviti kecergasan serta meningkatkan kesedaran masyarakat untuk menjalani gaya hidup cergas. Pelaksanaan program ini dijadualkan sebanyak 12 siri dan dicadangkan bermula dari bulan Julai sehingga Oktober bertempat di Saratok. Pihak pejabat berharap agar penganjuran program ini dapat mengukuhkan perpaduan nasional dikalangan masyarakat berbilang bangsa dan agama. 



Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search