
- JBS Sarawak
- Hits: 76
PEMANTAUAN PROGRAM GERAN PADANAN SUKAN (GPS) KBS – KEJOHANAN MUAYTHAI PIALA TYT YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK & PIALA BORNEO 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 76
PEMANTAUAN PROGRAM GERAN PADANAN SUKAN (GPS) KBS – KEJOHANAN MUAYTHAI PIALA TYT YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK & PIALA BORNEO 2025
Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak
KUCHING, 9 MEI 2025 – Pada 1 hingga 4 Mei 2025 yang lalu, Persatuan Muaythai Negeri Sarawak telah berjaya menganjurkan Kejohanan Muaythai Piala TYT Yang Di-Pertua Negeri Sarawak & Piala Borneo 2025 pada 1 hingga 4 Mei 2025, bertempat di Waterfront, Kuching Sarawak. Kejohanan pada kali ini melibatkan seramai 300 orang peserta dari Negeri Sarawak dan Sabah. Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh YB Dato Gerald Rentap Jabu, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (Belia & Sukan). Penganjuran kejohanan ini mendapat suntikan dana Geran Padanan Sukan (GPS) daripada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Geran sukan ini merupakan satu inisiatif penting dalam memperkasakan pembangunan sukan Negara.
Sumber photo : Persatuan Muaythai Negeri Sarawak & NMRA
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
#MADANISihat