
- JBS Sarawak
- Hits: 74
Lawatan Tapak Program Team Building Sk.Sungai Ud, Dalat
- JBS Sarawak
- Hits: 74
Disediakan oleh : Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 8 MEI 2025 – Encik Mohammad Arbi Rosli, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah bersama Puan Noorlina Mirais, Pegawai Pembangunan Belia telah mengadakan lawatan tapak ke Kompleks Sukan Komuniti Mukah pada 7 Mei 2025 untuk meninjau kesesuaian tempat bagi pelaksanaan Program Team Building SK.Sungai Ud, Dalat yang akan diadakan pada 17 Mei 2025 melibatkan 42 orang guru dan kakitangan sekolah tersebut.
Lawatan tersebut turut dihadiri Encik Musa Osen, Encik Tanrapijan Haji Serakawi dan Puan Hatijah Halidi bagi membincangkan aktiviti yang sesuai dengan kawasan persekitaran yang sedia ada. Program selama sehari itu akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti berkaitan kepimpinan, komunikasi dan kerjasama serta strategi pasukan diharap dapat membantu pihak sekolah dalam meningkatkan lagi mutu kerja dan semangat berpasukan mereka.