- JBS Sarawak
- Hits: 66
SESI PERBINCANGAN BERSAMA PRESIDEN TEQBALL MALAYSIA
- JBS Sarawak
- Hits: 66
Disediakan oleh : RJH, JBSN SARAWAK
Kuching, 7 Mei 2025 – Satu sesi perbincangan telah diadakan bersama Tuan Siva Kumar Jakarathan, Presiden Teqball Malaysia, bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Perbincangan ini dipengerusikan oleh Puan Fatimah Binti Abdul Rahman, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, bersama pegawai dari Cawangan Penggalakan dan Pembangunan Sukan.
Sesi ini bertujuan membincangkan pelaksanaan program dan hala tuju pembangunan sukan Teqball di Sarawak. Antara fokus utama ialah perancangan penganjuran kejohanan, program pengenalan dan pembangunan bakat di peringkat akar umbi, serta penyediaan fasiliti dan peralatan asas.
Puan Fatimah menyatakan komitmen jabatan dalam menyokong pembangunan sukan baharu dan berpotensi tinggi seperti Teqball agar lebih meluas di negeri ini.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamSukan
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama