KEJOHANAN TENPIN BOLING ANTARA BAHAGIAN MAKSAK SARAWAK GAMES 2025

KEJOHANAN TENPIN BOLING ANTARA BAHAGIAN MAKSAK SARAWAK GAMES 2025

Disediakan oleh: JT, JBSN Sarawak

BETONG, 6 MEI 2025 – Kejohanan Tenpin Boling Antara Bahagian anjuran Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan (MAKSAK) Sarawak Tahun 2025 telah diadakan pada 2 hingga 4 Mei 2025 bertempat di Megalanes East Miri, Bintang Megamall Miri. 

Kategori yang dipertandingkan semasa kejohanan adalah Individu Lelaki dan Wanita, Beregu Lelaki dan Wanita serta Kategori Beregu Campuran. Kejohanan yang berlangsung dari  2 hingga 4 Mei 2025 menyaksikan Bahagian Samarahan dinobatkan sebagai juara keseluruhan kejohanan. Kejohanan ini diadakan adalah sebagai platform pemilihan atlet yang akan mewakili Sarawak ke Kejohanan Tenpin Boling MAKSAK Peringkat Kebangsaan.

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah kejohanan telah disempurnakan oleh Datuk Bandar Bandaraya Miri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Adam Yii Siew Sang.

Cik Jojo anak Tehan dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong turut menyertai kejohanan tersebut mewakili MAKSAK Bahagian Betong bagi kategori beregu campuran. 

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 27-03-2026, 15:10:10

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search