PERBINCANGAN AKHIR PELAKSANAAN PERTANDINGAN BOLA JARING TERTUTUP PERINGKAT BAHAGIAN BETONG ANJURAN MIXTER NETBALL CLUB

PERBINCANGAN AKHIR PELAKSANAAN PERTANDINGAN BOLA JARING TERTUTUP PERINGKAT BAHAGIAN BETONG ANJURAN MIXTER NETBALL CLUB

Disediakan oleh : Azira, JBSN Sarawak 

BETONG, 6 Mei 2025 - Sesi perbincangan akhir bagi memuktamadkan segala persiapan pelaksanaan Pertandingan Bola Jaring Tertutup Peringkat Bahagian Betong telah diadakan pada 5 Mei 2025 bertempat di Politeknik Betong. 

Perbincangan ini dipengerusikan oleh Puan Khairulniza binti Abang Bujang, Presiden Mixter Netball Club, dan turut hadiri oleh Cik Azira binti A.Manan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong. 

Dalam sesi tersebut, Cik Azira menekankan kepentingan penyelasaran tugas antara jawatankuasa dan menitikberatkan keselamatan sepanjang program berlangsung serta penyediaan laporan akhir selepas program. 

Pihak Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong berharap program yang bakal berlangsung pada 10-11 Mei 2025 bertempat di Riveria Sport Centre Debak ini mencapai objektif penganjuran serta memberi impak positif kepada pembangunan sukan di Bahagian Betong. 

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search