BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN MARA KE SEPARUH AKHIR PERTANDINGAN BADMINTON INTER SEKSYEN JBSNS


Disediakan oleh: RJH, JBSN SARAWAK

Kuching, 7 Mei 2025 – Tahniah diucapkan kepada Encik Dennis dan Encik Rawing, wakil dari Bahagian Pembangunan Sukan, yang berjaya mara ke peringkat separuh akhir Pertandingan Badminton Inter Seksyen Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak (JBSNS).

Pasangan mantap ini melakar kemenangan bergaya selepas menewaskan wakil Bahagian Pembangunan Belia, Encik Naim dan Encik Hazizul, dalam perlawanan suku akhir yang sengit dengan keputusan 19-21, 21-15, 21-16. Aksi penuh semangat dan strategi berpasukan membuktikan kecekalan mereka untuk melangkah lebih jauh dalam kejohanan dalaman ini.

Pertandingan ini bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat dan mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga jabatan melalui sukan. Kejayaan Encik Dennis dan Encik Rawing memberi semangat kepada rakan sekerja lain untuk terus menyokong dan menyertai aktiviti seumpama ini.

JBSNS mengucapkan selamat maju jaya kepada pasangan ini dalam perlawanan separuh akhir akan datang!

#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamSukan
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search