Disediakan Oleh : Jamaika Marciano, JBSN Sarawak
Sarikei, 10 Disember 2024 : Satu Mesyuarat Gerakan Pengguna Bahagian SarikeiBil. 2/2024 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Aras 1 3 Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak yang dipengerusikan oleh YBrs. Datu Michael Ronnie Langgong, Residen Bahagian Sarikei. Turut hadir, Puan Jamaika Binti Marciano mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei.
Mesyuarat tersebut membentangkan program/aktiviti yang dijalankan oleh KPDN Sarikei sepanjang tempoh tahun 2024 ini. Antaranya, Program Jualan Rahmah, Sumbangan Food Bank, Kelestarian Alam Sekitar, Program Kepenggunaan Komuniti, Advokasi Kepenggunaan Sempena Hari Pengguna & Program Bubur Lambuk dan lain-lain. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei turut bersama-sama menjayakan Sumbangan Food Bank yang dilaksanakan bersama SMK Sarikei Baru. Semoga di masa akan datang kerjasama strategik ini dapat dikekalkan untuk kepentingan kepada masyarakat setempat.
- JBS Sarawak
- Hits: 145
