PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINIT 2025 DAN MAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI PUSTAKA NEGERI SARAWAK SIBU

PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINIT 2025 DAN MAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI PUSTAKA NEGERI SARAWAK SIBU

Disediakan oleh: Morni binti Ibrahim, JBSN Sarawak

SIBU, 23 APRIL 2025 – Pustaka Negeri Sarawak Sibu telah mengadakan Program jom baca bersama 10 minit dan majlis ramah tamah aidilfitri yang bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan dengan komuniti setempat dan mempromosikan budaya ilmu. Manakala program jom baca 10 minit juga bertujuan mendorong rakyat Malaysia mengamalkan budaya mebaca, bermula dengan langkah kecil 10 minit. Program ini melambangkan komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan seharian serta menyemarakkan minat terhadap ilmu pengetahuan. Kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu turut hadir memeriahkan acara program tersebut yang telah disempurnakan oleh Encik Fairul Azli Banchit selaku Pengurus Wilayah Pustaka Negeri Sarawak Sibu. Majlis turut dimeriahkan dengan penyampaian Anugerah Penghargaan Pengguna Aktif 2024 kategori kanak-kanak, dewasa, staff dan organisasi.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNkomited
#MalaysiaMadani

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search