
- JBS Sarawak
- Hits: 101
MESYUARAT PENYELARASAN PERSEDIAAN SARIKEI FESTIVAL 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 101
Disediakan Oleh : Jamaika Marciano, JBSN Sarawak
Sarikei, 22 April 2025 : Satu Mesyuarat Penyelarasan Persediaan Sarikei Festival 2025 telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Tingkat 12, Pejabat Residen Bahagian Sarikei yang dipengerusikan oleh Datu Michael Ronnie Langgong, Residen Bahagian Sarikei. Puan Jamaika binti Marciano, Penolong Pegawai Belia dan Sukan mewakili PBSB Sarikei sebagai ahli jawatankuasa pelancongan Bahagian Sarikei dan rakan strategik untuk Sarikei Festival 2025.
Mesyuarat tersebut membincangkan program-program yang bakal dilaksanakan sempena Sarikei Festival pada 28 Julai - 3 Ogos 2025 nanti. PBSB Sarikei telah diamanahkan untuk melaksanakan program Glamping dan PBSB Sarikei juga merupakan ahli jawatankuasa yang membantu dalam program Sarikei Unity Run 7.0 yang sentiasa mendapat sambutan hangat semasa festival tersebut.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama