
- JBS Sarawak
- Hits: 140
TERAPKAN BUDAYA KESERONOKAN BEKERJA ANTARA KATA-KATA AMANAT TUAN PENGARAH SEMASA PERHIMPUNAN BULANAN JBSNS BIL.2/2025
- JBS Sarawak
- Hits: 140
Disediakan oleh : NZS, PBSB Betong
BETONG, 22 APRIL 2025 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak (JBSNS) telah mengadakan perhimpunan bulanan bil.2/2025 pada 15 April 2025 bertempat di Auditorium, Kompleks Belia dan Sukan Sarawak (KOMBES). Perhimpunan pada kali ini telah dikelolakan oleh Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan, KOMBES dan Cawangan Kewangan.
Semasa perhimpunan tersebut, Yang Berusaha Encik Lamat anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah menyampaikan kata-kata amanat beliau kepada semua pegawai dan kakitangan. Beliau amat menggalakkan semua pegawai dan kakitangan sentiasa menerapkan budaya keseronokan bekerja. Ia merupakan elemen yang penting dalam pekerjaan bagi memastikan kesejahteraan dan keberhasilan kerja yang cemerlang selain dapat menyumbang kepada persekitaran yang kondusif, hubungan harmoni antara rakan sekerja serta pihak pengurusan.
Beliau turut mengingatkan agar semua pegawai dan kakitangan sentiasa menjaga etika perkhidmatan awam, menjalankan tugas dengan berintegriti dan prihatin menjaga kesihatan masing-masing dengan mengamalkan gaya hidup sihat.
Acara yang turut diadakan semasa perhimpunan ialah penyampaian sijil kepada penerima Anugerah Khas Pekerja Terbaik Bulanan bagi bulan Januari sehingga Mac 2025 serta hadiah kepada warga kerja jabatan yang meraikan hari ulang tahun kelahiran pada bulan Januari sehingga April 2025.
Perhimpunan pada kali ini telah diadakan secara hibrid iaitu bersemuka di ibu pejabat dan juga dalam talian untuk warga kerja di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian. Semua Ketua Pejabat Bahagian turut hadir ke perhimpunan ini secara bersemuka.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#PBSBBetong