
- JBS Sarawak
- Hits: 106
GERAK KERJA PERALIHAN MEDIUM ROAMING + OTP iGFMAS & E-PEROLEHAN FASA 1 DI KAPIT
- JBS Sarawak
- Hits: 106
Disediakan oleh: O.A.K, JBSN Sarawak
KAPIT, 22 April 2025 – Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, Jabatan Akauntan Negara Malaysia dengan kerjasama Bahagian Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan Malaysia dan Pasukan Projek MyGPKI dari Jabatan Digital Negara telah melaksanakan Gerak Kerja Peralihan Medium Roaming + OTP iGFMAS dan e-Perolehan Fasa 1 pada 21 dan 22 April 2025 yang lalu. Sesi yang berlangsung di Makmal Komputer, JANM Cawangan Kapit dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang ini melibatkan Pejabat Perakaunan yang terlibat dalam Fasa 1A dan Fasa 1B pelaksanaan sistem baharu ini.
Gerak kerja ini bertujuan untuk memastikan semua pegawai yang berperanan sebagai Peraku I dan Peraku II iGFMAS serta pegawai yang meluluskan, memperaku atau mengesahkan transaksi kewangan dalam sistem e-Perolehan mendapat pendedahan yang jelas berkenaan proses permohonan sijil digital Medium Roaming + OTP dan penggunaan aplikasi GPKI Mobile. Peserta turut diberikan penerangan berkenaan soalan lazim (FAQ) yang berkaitan bagi membantu kelancaran pelaksanaan tugasan harian, khususnya dalam aspek perakuan dokumen kewangan secara digital sepanjang tempoh peralihan.
Antara pegawai yang hadir mewakili agensi masing-masing ialah Puan Olivia Kaminis, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit serta Cik Uja Rama Nyangun, Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit. Pelaksanaan sesi gerak kerja ini mencerminkan usaha berterusan kerajaan dalam memperkukuh infrastruktur digital sektor perkhidmatan awam, sejajar dengan aspirasi pendigitalan negara ke arah tadbir urus kewangan yang lebih cekap, telus dan selamat.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI