- JBS Sarawak
- Hits: 192
PERTANDINGAN PERARAKAN TANGLUNG, KERETA DAN BASIKAL BERHIAS SEMPENA PESTA MERADONG TAHUN 2024
Disediakan Oleh : JM, JBSN Sarikei
Sarikei, 2 Disember 2024 : Pesta Meradong pada tahun 2024 ini sangat meriah dan pelbagai aktiviti dilaksanakan selama 9 Hari (23 Nov - 1 Dis 2024). Salah satu aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan Perarakan Tanglung, Kereta Dan Basikal Berhias Sempena Pesta Meradong Tahun 2024 yang dikelola oleh Pejabat Pendidikan Meradong. Pejabat Pendidikan Meradong telah melantik Puan Jamaika binti Marciano, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei sebagai hakim untuk pertandingan tersebut bertempat di Pekan Bintangor.
Tema pertandingan tersebut kepelbagaian etnik di Sarawak telah mewujudkan kepelbagai budaya. Di sebalik situasi ini, penerimaan silang budaya di kalangan rakyat telah mengeratkan perpaduan seiring dengan Slogan Sarawak iaitu ‘Segulai Sejalai'.
- JBS Sarawak
- Hits: 192
