
- JBS Sarawak
- Hits: 71
MESYUARAT PELAKSANAAN PROGRAM LITERASI KEWANGAN BELIA TAHUN 2025 PERINGKAT BAHAGIAN SARIKEI
- JBS Sarawak
- Hits: 71
Disediakan Oleh : Jamaika binti Marciano, JBSN Sarawak
Sarikei, 15 April 2025 : Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei telah mengadakan mesyuarat pelaksanaan Program Literasi Kewangan Belia Tahun 2025 Peringkat Bahagian Sarikei bersama Bank Rakyat Cawangan Sarikei yang akan diadakan pada 26 April 2025 di Dewan Dragon Inn Hotel, Sarikei. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Puan Jamaika Binti Marciano, Cawangan Pembangunan Belia PBSB Sarikei bersama Encik Abdul Rani Bin Jemi, PBSB Sarikei, Puan Dewi Binti Samaya, Pembantu Pengurus dan Puan Isrohayati binti Koloni, Ketua Unit Pembiayaan, Bank Rakyat Cawangan Sarikei.
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada belia tentang asas pengurusan kewangan peribadi seperti bajet, simpanan, pelaburan, dan pengurusan hutang. Meningkatkan kesedaran belia terhadap kepentingan perancangan kewangan jangka panjang. Semoga program ini akan berjalan dengan lancar.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d