- JBS Sarawak
- Hits: 72
MESYUARAT PENGURUSAN PBSB KAPIT BIL. 2/2025
- JBS Sarawak
- Hits: 72
Disediakan oleh: M. Sherman, JBSN Sarawak.
KAPIT, 16 April 2025 - Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Bilangan 2 Tahun 2025 baru-baru ini sebagai platform untuk menyelaras hala tuju dan pelaksanaan program sepanjang tahun. Mesyuarat tersebut diadakan melibatkan semua pegawai dan kakitangan pengurusan.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit, Puan Olivia Kaminis, menumpukan kepada penyelarasan program tahunan, pelaporan pelaksanaan aktiviti 2024, serta perancangan strategik bagi memperkasakan pembangunan belia dan sukan di kawasan Kapit.
Antara perkara utama yang dibincangkan termasuk penyediaan kalendar aktiviti tahun 2025, pengukuhan kerjasama antara agensi, penglibatan komuniti dalam program belia dan sukan, serta penekanan terhadap pemantauan dan penilaian hasil program secara berterusan.
Puan Olivia turut menekankan pentingnya semangat kerja berpasukan dan komunikasi efektif dalam memastikan setiap inisiatif dapat dilaksanakan dengan jayanya. Beliau turut mengajak semua pegawai untuk terus kreatif dan proaktif dalam mencetuskan program-program yang relevan dengan keperluan belia tempatan.