SELANGAU, 23 November 2024 : Program Rakan Mahir Skill For Life @ Parlimen Selangau Asas Jahitan Tangan telah berlangsung di GiatMARA cawangan Selangau dengan penyertaan seramai 20 orang belia. Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh wakil daripada Pusat Khidmat P214 Selangau Cr. Binit Madang. Objektif program ini ialah untuk memberi akses kepada belia dan komuniti setempat mengikuti latihan kemahiran asas yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan seharian. Semoga segala ilmu yang disampaikan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.
BINTULU, 21 NOVEMBER 2024 – Pihak pejabat mendapat kunjungan daripada pihak Press Metal Bintulu bagi penyerahan hadiah sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Bahagian Bintulu Tahun 2024 bertempat di Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu pada Selasa lalu.
Pihak pejabat mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan yang diberikan daripada pihak Press Metal Bintulu atas kesudian meriahkan sambutan HSN Peringkat Bahagian Bintulu Tahun 2024 untuk dikongsikan kepada peserta yang bertuah. Semoga kita dapat berkolaborasi lagi di program yang akan datang.
BINTULU, 21 NOVEMBER 2024 - Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu dengan kerjasama Persatuan Renang Amatur Bahagian Bintulu. KLAS Renang Fasa 3 akan dilakukan sebanyak 6 siri bermula pada 16 November sehingga 1 Disember 2024 iaitu setiap Sabtu dan Ahad (pagi) bertempat di Kolam Renang Awam Bintulu.
Para peserta akan diajar teknik dan kaedah yang betul untuk berenang. Antara perkara yang difokuskan adalah keselamatn dalam air, cara berenang, teknik pernafasan, keyakinan dalam air, teknik apungan, jenis pakaian yang sesuai serta pemilihan lokasi berenang yang selamat.
Program ini bertujuan bagi meningkatkan ilmu pengetahuan tentang kaedah berenang yang betul dan selamat, mengatasi ketakutan dalam air melalui kombinasi sistem sokongan secara berperingkat sehingga peserta mahir dan selesa berada dalam air sekaligus membudayakan sukan renang sebagai salah satu aktiviti yang sihatdan dapat membantu mengurangkanstress dan risiko penyakit.
SARIKEI, 20 November 2024 : PBSB Sarikei telah melaksanakan pelupusan aset sebanyak 6 unit komputer meja. Pelupusan ini dibuat dengan kaedah hadiah kepada kelab/ persatuan.
Penyerahan komputer meja tersebut kepada Duton Mountaineering Club, Persekutuan Pengakap Tempatan Sarikei dan Kelab Sukan Rekreasi Kampung Selalang telah disaksikan oleh Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei. Turut bersama pada penyerahan ini ialah Encik Zulfadhli bin Leonardo, Penolong Pegawai Cawangan Pentadbiran, Kewangan dan Rakan Muda serta Haji Abdul Rani bin Jemi, Pembantu Pegawai Cawangan Pembangunan Sukan.
Disediakan oleh : Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 20 NOVEMBER 2024 – Program Rakan Mahir: Skills For Life @ Parlimen P.206 Tanjung Manis yang melibatkan 20 orang peserta telah diadakan pada 15 November 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan Belawai. Program sehari tersebut telah diisi dengan teori berkenaan elektrik serta asas-asas elektrik dan peralatan yang perlu untuk elektrik. Praktikal juga turut dilakukan oleh para peserta berkenaan pemasangan kipas dan lampu elektrik. Konsep asas pemasangan pendingin hawa dan penyelenggaraan peralatan tersebut turut diselitkan semasa program.
Program tersebut telah dihadiri Encik Bonnie Manau anak Michael Amerikan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah. Turut hadir ke program tersebut Encik Mohammad Arbi bin Rosli dan Puan Noorlina binti Mirais selaku Pegawai Penyelaras Program. Pejabat mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Muliadi bin Hud dan Puan Suzikirana binti Noor Mohammed kerana telah mengendalikan aktiviti dengan jayanya bagi memastikan para peserta mendapat manfaat daripada program yang telah dianjurkan.
KAPIT, 20 November 2024 – Program Skill For Life @ Parlimen Hulu Rajang Tahun 2024 telah dilaksanakan dengan jayanya di Kapit Digital Innovation Hub, Kapit pada 15 November 2024 yang lepas. Seramai 20 orang peserta telah mengikuti Kelas Asas Canva yang diajar oleh Cik Maureen Thiong Anak Thomas, Tenaga Pengajar di SDEC Kapit.
Objektif program adalah memberi akses kepada belia dan komuniti di kawasan Hulu Rajang mengikuti latihan kemahiran asas yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan seharian serta memberi pendedahan dan peluang kepada belia setempat meneroka pelbagai bidang kemahiran dan perkhidmatan baharu.
Program ini telah disempurnakan oleh Encik Sta Anak Engkah, Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Komuniti P.216 Hulu Rajang wakil kepada Yang Berhormat Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong, Timbalan Menteri Digital dan Ahli Parlimen P.216 Hulu Rajang. Turut hadir bersama Encik Martin Sherman Minggu wakil kepada Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Kapit.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Kapit Digital Innovation Hub yang sudi untuk berkolaborasi di dalam melaksanakan Kursus Asas Canva dan sokongan daripada pihak Pusat Khidmat Komuniti Parlimen P.216 Hulu Rajang.
KAPIT, 20 November 2024 – Program Skill For Life @ Parlimen Kapit Tahun 2024 telah dilaksanakan dengan jayanya di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan Kapit, Kapit pada 15 November yang lalu. Seramai 20 orang peserta telah mengikuti Kelas Asas Canva yang diajar oleh Encik Franky Anak Rubin dan Puan Martina Anak Vincent daripada NADI Pekan Kapit.
Program ini dianjurkan bagi memberi peluang kepada belia dan komuniti setempat mengikuti latihan kemahiran asas yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan seharian. Peserta diajar mengggunakan aplikasi Canva untuk mencetak dokumen dalam format PDF, invois, risalah serta grafik untuk siaran di platform digital seperti infografik dan rekaan laman web.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan Kapit yang sudi untuk berkolaborasi di dalam melaksanakan Kursus Asas Canva dan sokongan daripada pihak Pusat Khidmat Komuniti Parlimen P.215 Kapit.
KUALA LUMPUR, 17 NOVEMBER 2024 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah menghantar 2 pasukan iaitu pasukan Zest Squad bagi kategori remaja bawah 18 tahun dan pasukan Ladies Of Hornbill untuk kategori Dewasa 18 tahun ke atas di Pertandingan Aerobic Dance Peringkat Kebangsaan 2024 yang telah berlangsung pada 16 hingga 17 November 2024 di Datum Jelatek Shopping Mall, Kuala Lumpur.
Pasukan Ladies Of Hornbill telah berjaya melepasi sesi saringan sekaligus melangkah ke peringkat akhir dan mereka telah berjaya meraih tempat ketiga bagi Kategori Dewasa 18 Tahun ke atas. Manakala pasukan Zest Squad telah mendapat tempat ke-11 semasa sesi saringan.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan Malaysia, bersama YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia serta Puan Azura Abidin, Ketua Pengarah JBSN.
Turut hadir bersama-sama menyaksikan kejayaan pasukan Sarawak iaitu En. Lamat anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
SIBU, 17 NOVEMBER 2024 - Telah berlangsung Pertandingan Fesyen Show Bahan Kitar Semula Sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia bertempat di Methodist Pilley Institute (MPI) anjuran Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi National Bahagian Sibu.Program ini bertujuan bagi mencungkil bakat dan kebolehan kanak-kanak yang berumur 5 dan 6 tahun disamping membentuk dan membina perkembangan peribadi dan pengalaman secara menyeluruh serta dapat menggalakkan interaksi dan kerjasama di kalangan kanak-kanak, ibubapa, guru dan juga masyarakat setempat.Wakil dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu iaitu Encik Muhammad Afif bin Ibrahim, Pembantu Belia dan Sukan, hadir ke undangan tersebut bagi menjadi juri Pertandingan Fesyen Show Bahan Kitar Semula Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2024.