Disediakan oleh : Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 5 NOVEMBER 2024 – Program Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) 2024: gotong royong siri 2 yang diadakan pada 26 Oktober 2024 lepas di Rumah Elizaberth Payung, Balingian telah memberi pengalaman manis buat anak muda yang turut serta. Aktiviti gotong royong telah dilaksanakan di rumah panjang tersebut melibatkan 80 orang sukarelawan.
Program tersebut telah dihadiri Encik Bonnie Manau anak Michael Amerikan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah. Turut hadir ke program tersebut Puan Noorlina binti Mirais selaku Pegawai Penyelaras Program dan Puan Hatijah binti Halidi. Pejabat mengucapkan syabas dan terima kasih kepada anak muda yang telah menyertai program tersebut.
- JBS Sarawak
- Hits: 152
