
- JBS Sarawak
- Hits: 54
MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM RAKAN MUDA RAMADAN –PENTANDINGAN HAFAZAN PERINGKAT BAHAGIAN SARIKEI 2025M/1446H
- JBS Sarawak
- Hits: 54
Disediakan oleh : ZL, JBSN Sarawak
SARIKEI, 6 Mac 2025 : Satu mesyuarat jawatankuasa penyelaras bagi Program Rakan Muda Ramadan Bahagian Sarikei telah diadakan di Bilik Mesyuarat , Pusat kegiatan Guru (PKG) Sarikei. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei dan telah dihadiri oleh ahli-ahli jawatankuasa penyelaras yang terdiri daripada Pejabat Pendidikan Daerah Sarikei, Meradong dan Julau.
Mesyuarat ini membincangkan hal-hal seperti kaedah pelaksanaan program, teknik penghakiman,dan sebagainya agar dapat memastikan program ini dapat direalisasikan dengan jayanya dan menjadi program yang memberi impak positif kepada masyarakat setempat khususnya Bahagian Sarikei pada 15 Mac 2025 (Sabtu) sempena bulan ramadan bulan yang mulia.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d