Disediakan oleh: JT, JBSN Sarawak.
BETONG, 14 Oktober 2024 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong dengan kerjasama SMK Pusa dan PAWE Pusa telah melaksanakan Program Rakan Bumi: Plogging @Komuniti Siri 1 bertempat di Kampung Dato Godam pada 13 Oktober 2024 yang lalu.
Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah senam cergas di dataran Dewan Teratak Akal Kampung Godam Pusa dan seterusnya berjalan sambil mengutip sampah di kawasan sekitar. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini dan berharap semoga program ini terus mendapat sokongan daripada komuniti setempat di masa akan datang selain menjaga kebersihan alam sekitar untuk generasi akan datang.
- JBS Sarawak
- Hits: 263
