- JBS Sarawak
- Hits: 73
PROGRAM RAKAN PRIHATIN: MOBILISASI SUKARELAWAN BINTULU & SEBAUH TAHUN 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 73
Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 10 MAC 2025 – Baru- baru ini pihak pejabat bersama sukarelawan Bintulu dan Sebauh telah menjalankan satu program Mobilisasi Sukarelawan Pasca Banjir melalui Program Rakan Prihatin bertempat di Pekan Sebauh Sabtu lalu.
Program ini melibatkan seramai 25 orang sukarelawan belia daripada Bintulu dan Sebauh dan telah berkolaborasi bersama kelab belia mulia bandar Bintulu.Turut hadir dalam program tersebut, Encik Hailey Robson dan Puan Diana Nuff, Penolong Pegawai Belia dan Sukan bersama Puan Zulaikha Pembantu Belia Dan Sukan.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti gotong –royong membersihkan kawasan pekan Sebauh, membantu proses pengagihan kit kebersihan yang telah disumbangan daripada Yayasan Ihsan Johor dan Yayasan Hasanah kepada penduduk yang terjejas banjir yang lepas.
Pihak pejabat merakamkan ribuan terima kasih kepada kelab belia dan semua sukarelawan yang bertungkus lumus dalam membantu menjayakan program yang murni ini bermula dari awal pagi sehingga selesai.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama