
- JBS Sarawak
- Hits: 54
SESI MORNING PRAYER BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN, JBSN SARAWAK
- JBS Sarawak
- Hits: 54
Disediakan oleh: RJH, JBSN Sarawak
KUCHING, 21 Mac 2025 – Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Sarawak mengadakan sesi Morning Prayer di Bilik Mesyuarat Sejinjang pada jam 10.00 pagi. Sesi ini dipengerusikan oleh Puan Fatimah Binti Abdul Rahman, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, JBSN Sarawak dan dihadiri oleh pegawai serta kakitangan bahagian tersebut.
Program ini diadakan bersempena persiapan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, bertujuan memperkukuh semangat kerja berpasukan serta membangkitkan motivasi dalam kalangan warga jabatan. Ia turut menjadi platform untuk berkongsi refleksi, cabaran kerja, dan harapan menjelang bulan Syawal.
Dalam ucapannya, Puan Fatimah menekankan kepentingan kesejahteraan mental dan emosi, selain menggalakkan amalan kerja yang harmoni serta saling menyokong antara satu sama lain.
Beliau berharap sesi seperti ini dapat diteruskan secara berkala bagi meningkatkan hubungan dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga kerja.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamSukan
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama