- JBS Sarawak
- Hits: 54
SESI BIMBINGAN DAN PENILAIAN PORTFOLIO CALON SKM-PPT DI JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SARAWAK
- JBS Sarawak
- Hits: 54
Disediakan oleh : RJH, JBSN Sarawak
KUCHING, 21 MAC 2025 – Jabatan Belia dan Sukan Negara melalui Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson (APBM PD) dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia telah mengadakan sesi bimbingan dan penilaian portfolio bagi calon Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
Program yang berlangsung pada 17 hingga 18 Mac 2025 ini melibatkan 15 orang calon yang telah menjalani sesi bimbingan dan penilaian portfolio oleh Pegawai Penilai (PP) SKM-PPT. Sesi ini bertujuan untuk menilai kelayakan dan kompetensi calon berdasarkan pengalaman kerja terdahulu mereka dalam bidang berkaitan.
Penganjuran sesi ini memberi peluang kepada para belia yang berpengalaman dalam pelaksanaan kerja belia untuk memperoleh pengiktirafan rasmi terhadap kemahiran mereka. Melalui proses ini, calon dapat membuktikan keupayaan mereka dalam bidang masing-masing tanpa perlu melalui laluan latihan konvensional.
Selain itu, inisiatif ini juga sejajar dengan usaha kerajaan dalam memperkasakan tenaga kerja mahir serta meningkatkan daya saing golongan belia dalam pasaran pekerjaan. Dengan adanya pensijilan ini, para calon berpeluang untuk mengembangkan kerjaya mereka ke tahap yang lebih tinggi.
Kerjasama antara Jabatan Belia dan Sukan Negara serta Jabatan Pembangunan Kemahiran ini diharapkan dapat terus diperluaskan bagi memberi manfaat kepada lebih ramai golongan belia di seluruh negara. Program sebegini bukan sahaja mengiktiraf pengalaman kerja mereka, malah turut menyumbang kepada pembangunan tenaga kerja yang berkualiti dan berkemahiran tinggi di Malaysia.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI