Disediakan oleh: Hafizul Wong Helmi, JBSN Sarawak
LIMBANG, 08 NOVEMBER 2024 – “BIAR MATI ANAK, JANGAN MATI ADAT” Satu program yag dinamakan Program Rakan Muzik : Rentak Seni Peringkat Bahagian Limbang yang telah diadakan pada minggu lalu yang bertempat di SMK Medamit, Bahagian Limbang. Program yang dikelolakan oleh Unit Rakan Muda Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang dengan bimbingan pasukan Gerini Tari ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan minat belia terhadap seni dan budaya tempatan sekaligus dapat memartabatkan dan mempromosikan lagi budaya tersebut.
Tarian Ngajat yang dipilih untuk Program Rakan Muzik :Rentak Seni tersebut telah mendapat sambutan yang memberangsangkan. Semoga usaha yang dilakukan ini akan dapat memperkukuh dan melahirkan kecintaan kita terhadap budaya di kalangan pelbagai pihak di Bahagian Limbang.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#teampbsblimbang
- JBS Sarawak
- Hits: 157
