
- JBS Sarawak
- Hits: 59
PERBINCANGAN PROGRAM RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT BAHAGIAN BETONG TAHUN 2025 MASIHI / 1446 HIJRAH
- JBS Sarawak
- Hits: 59
Disediakan oleh: JT, JBSN Sarawak
BETONG, 7 MAC 2025 – Satu sesi perbincangan Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Bahagian Betong telah diadakan hari ini bertempat di Bilik Penolong Kanan Pentadbiran, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Saratok. Perbincangan dipengerusikan oleh Cik Nurulzamzam binti Hj. Shafiíe, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong dan dihadiri Puan Rosita binti Waili, PK Pentadbiran, Encik Azimin bin Abd. Arzis, PK Kokurikulum, Encik Azhar bin Bastani, GKMP Pendidikan Islam dan Encik Ali Imran bin Md Salleh, Guru Al-Quran SMK Agama Saratok.
Objektif program adalah sebagai satu platform yang dapat menarik minat belia untuk menghidupkan bulan Ramadan al-Mubarak dengan pengisian aktiviti dan program kerohanian serta membudayakan amalan sunnah dalam kalangan belia sepanjang bulan Ramadan. Aktiviti yang akan dilaksanakan adalah pertandingan hafazan bagi kategori lelaki dan wanita yang berumur antara 13 – 18 tahun pada 13 Mac 2025 di SMK Agama Saratok.
Para pemenang akan menerima saguhati berbentuk wang tunai bagi Johan, Kedua dan Ketiga. Johan peserta lelaki dan perempuan akan mewakili bahagian Betong ke peringkat negeri yang akan diadakan Kuching pada 18 Mac 2025. Hadir sama Cik Jojo anak Tehan, Pembantu Belia dan Sukan Bahagian Betong. Cik Nurulzamzam binti Hj. Shafiíe mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan sekolah dan guru yang memberi sokongan dan kerjasama pengelolaan program tersebut serta turut menyampaikan banting promosi 10 gaya hidup Rakan Muda kepada pihak sekolah.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#PBSBetong