Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 11 NOVEMBER 2024 – Verifikasi stor telah dijalankan di Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu pada Selasa lepas. Pemverikasi stor telah diketuai oleh Puan Fatimah Binti Abdul Rahman dan Cik Margaret Anak Sawing.
Tujuan utama verifikasi stor dijalankan adalah untuk mengesahkan ketetapan rekod-rekod, menentukan jumlah stok fizikal barang-barang adalah sama dengan baki di kawalan stok serta mengenalpasti stok-stok yang tidak boleh guna, rosak, usang atau lambat bergerak dan mengesyorkan tindakan ke atas barang berkenaan.
Pihak pejabat akan memastikan sistem pengurusan stor di pejabat dijalankan mengikut ketetapan yang betul.
- JBS Sarawak
- Hits: 160
