
- JBS Sarawak
- Hits: 87
KUNJUNGAN BELIA DEBAK KE PEJABAT BELIA DAN SUKAN BAHAGIAN BETONG
- JBS Sarawak
- Hits: 87
Disediakan Oleh: Erwan Dzulfadli Pasah, JBSN Sarawak
BETONG, 25 MAC 2025 - Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong telah menerima kunjungan daripada Belia Daerah Debak, Betong pada 17 Mac 2025. Kunjungan tersebut diwakili oleh Saudara Sylvester Guntar anak Branda bersama 2 orang sahabat beliau Saudara Syarzizul bin Ali Kabar dan Saudara Muhammad Alif Haiqal bin Mohamad. Semasa kunjungan tersebut, Encik Erwan Dzulfadli bin Pasah, Pegawai Unit Belia memberi penerangan syarat-syarat penubuhan kelab belia melalui pendaftaran pertubuhan belia secara online di portal eROY.
Saudara Sylvester Guntar anak Branda meminta khidmat nasihat dan perbincangan permasalahan berkenaan belia dan pencerahan berkenaan penubuhan kelab belia bagi pelaksanaan aktiviti belia setempat. Pihak pejabat berharap lebih ramai belia-belia komuniti akan terus aktif dan menganjurkan banyak aktiviti komuniti bagi melahirkan belia yang kompetitif tunjang kepimpinan masa hadapan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#PBSBBetong