
- JBS Sarawak
- Hits: 99
PROGRAM BUBUR LAMBUK WISMA PERSEKUTUAN BETONG 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 99
Disediakan oleh : Azira, JBSN Sarawak
BETONG, 21 MAC 2025 - Program Bubur Lambuk Wisma Persekutuan Betong anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Betong bersama jabatan di Bangunan Wisma Persekutuan Betong telah diadakan pada 20 Mac 2025 di pekarangan Wisma tersebut.
Seramai kira-kira 40 orang turut serta dalam program gotong royong tersebut yang berlangsung seawal jam 9 pagi sehingga 3 petang. Majlis Simbolik Pengagihan Bubur Lambuk kepada kakitangan Wisma Persekutuan Betong bermula jam 2.30 petang disempurnakan oleh Tuan Jeffery Alfrida selaku Ketua Cawangan JPJ Betong. Kemudian bungkusan bubur lambuk diagihkan kepada masyarakat komuniti di Bazar Ramadan Medan, Betong.
Program gotong royong ini menjadi platform untuk merapatkan lagi hubungan antara semua kakitangan yang terdapat di bangunan tersebut yang mana melibatkan 10 jabatan / agensi yang terdapat di Bangunan Wisma Persekutuan di sini. Sesungguhnya Program bubur lambuk menyerlahkan semangat Ramadan yang mengajar nilai kerjasama dan pastinya juga mencipta memori terindah bagi semua yang terlibat.
Turut hadir ialah kakitangan dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong yang diketuai oleh Cik Nurulzamzam binti Hj Shafi'ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#PBSBBetong