
- JBS Sarawak
- Hits: 51
PERANCANGAN AKTIVITI SEMPENA RAMADAN AL-MUBARAK
- JBS Sarawak
- Hits: 51
Disediakan oleh : NZS, PBSB Betong
BETONG, 14 Mac 2025 – Ketibaan Ramadan Mubarak sesungguhnya memang dinantikan oleh seluruh umat Islam. Meskipun ibadah utama adalah berpuasa, namun pelbagai pengisian aktiviti sepanjang bulan Ramadan boleh diadakan dengan tujuan merebut ganjaran pahala yang berganda daripada Allah SWT.
Sehubungan itu, satu aktiviti memasak bubur lambuk akan diadakan dengan diketuai oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Betong. Program dijangka akan dilaksanakan pada 20 Mac 2025 di perkarangan Wisma Persekutuan Betong.
Satu sesi perbincangan pelaksanaan aktiviti telah diadakan di Bilik Mesyuarat Gunasama, Wisma Persekutuan Betong. Turut hadir perbincangan adalah Cik Nurulzamzam bt Hj Shafi’ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong. Jabatan dan agensi yang hadir telah bersetuju dan berpakat untuk sama-sama membantu menjayakan program tersebut.
Semoga aktiviti ini nanti dapat mengeratkan persaudaraan dan ukhwah di kalangan penjawat awam di Wisma Persekutuan Betong.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#PBSBBetong