
- JBS Sarawak
- Hits: 137
PERBINCANGAN PROGRAM LIGA SUKAN KOMUNITI TAHUN 2025 PERINGKAT BAHAGIAN BETONG
- JBS Sarawak
- Hits: 137
Disediakan oleh : Azira, JBSN Sarawak
BETONG, 21 MAC 2025 - Perbincangan Program Liga Sukan Komuniti Tahun 2025 Peringkat Bahagian Betong telah diadakah pada 20 Mac 2025 di Ruang Tamu, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong.
Antara objektif program ini ialah untuk menggalakkan masyarakat membudayakan sukan dan juga meningkatkan keharmonian serta perpaduan di kalangan komuniti setempat.
Program tersebut dijangka akan diadakan pada bulan Jun 2025 yang melibatkan 3 acara iaitu Sepak Takraw (Regu Lelaki), Ping Pong (Regu Berpasukan), dan Bola Jaring (wanita).
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#PBSBBetong