
- JBS Sarawak
- Hits: 52
PERTANDINGAN HAFAZAN SEMPENA RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT BAHAGIAN BETONG TAHUN 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 52
Disediakan oleh : JT, JBSN Sarawak.
BETONG, 14 Mac 2025 – Program Rakan Ekspresi: Rakan Muda Ramadan Peringkat Bahagian Betong telah dilaksanakan pada 13 Mac 2025 bertempat di Mini Auditorium, SMK Agama Saratok. Aktiviti yang diadakan adalah Pertandingan Hafazan kategori lelaki dan wanita berumur 13 hingga 18 tahun. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong dengan kerjasama rakan strategik SMK Agama Saratok dan Kelab Belia Kampung Pusa.
Program ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim di kalangan belia dan komuniti setempat dalam menghidupkan bulan Ramadan al-Mubarak serta memberikan ruang untuk mereka mengembangkan potensi diri melalui aktiviti berbentuk keagamaan dan kemasyarakatan serta sebagai satu platform yang dapat menarik minat belia untuk menghidupkan bulan Ramadan al-Mubarak dengan pengisian aktiviti dan program kerohanian.
Johan kategori lelaki disandang oleh saudara Muhamad Aiman bin Abdul Hamid, Kedua Muhamad Danish Arshad bin Rusdy, Ketiga Abdul Iqram Haiqal bin Abdullah manakala Johan bagi kategori wanita disandang oleh Saudari Ainul Amirah Hanan binti Abdul Hamid, Kedua Anis Imanina binti Semawie dan Ketiga Nurul Lisdawati binti Kunani.
Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh Cik Nurulzamzam binti Hj. Shafiíe, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong. Turut hadir Encik Abdul Rahman bin Abing, Pengetua SMK Agama Saratok, Pegawai dan kakitangan SMK Agama Saratok. Pejabat mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat samaada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#PBSBBetong