
- JBS Sarawak
- Hits: 105
PROGRAM AKTIVITI PROMOSI KESIHATAN PERGIGIAN BERSEMPENA WORLD ORAL HEALTH DAY (WOHD) 2025 BERSAMA KLINIK PERGIGIAN BETONG DAN IKON GIGI
- JBS Sarawak
- Hits: 105
Disediakan oleh: NFM, JBSN Sarawak
BETONG, 21 Mac 2025 – Program Promosi Kesihatan Pergigian Bersempena World Oral Health Day (WOHD) 2025 anjuran Klinik Pergigian Betong tahun 2025 telah diadakan pada 20 Mac 2025 bertempat di ruang menunggu makmal,Hospital Betong. Menurut penyelaras program Dr. Maizatin Fitrah Bt. Akbar, program ini merupakan inisiatif global yang dilancarkan oleh Federation Dentaire internationale (FDI) pada tahun 2007 dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran dunia tentang kepentimg menjaga kesihatan pergigian dan mulut. Bagi tahun 2025, tema bagi World Oral health Day (WOHD) 2025 ialah Ä Happy Month, A Happy Mind”.
Disamping itu juga diadakan sesi taklimat penerangan berkenaan meningkatkan taraf kesihatan pergigian dalam komuniti, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran komuniti mengenai penjagaan kesihatan pergigian serta meningkatkan akses komuniti kepada rawatan pergigian asas dan pencegahan.
Hadir sama semasa program, Puan Norfatihah binti Moh daripada Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong yang merupakan salah seorang Ikon Gigi yang turut serta menjayakan aktiviti Ikon Gigi bagi tahun 2025.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#PBSBBetong