
- JBS Sarawak
- Hits: 63
MESYUARAT PENGURUSAN DAN MESYUARAT JAWATANKUASA KESELAMATAN JABATAN PEJABAT BELIA DAN SUKAN BAHAGIAN BETONG
- JBS Sarawak
- Hits: 63
Disediakan oleh: JT, JBSN Sarawak
BETONG, 25 Mac 2025 - Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan dan Mesyuarat Keselamatan Jabatan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong pada 24 Mac 2025 bertempat di Ruang Tamu, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong. Mesyuarat pengurusan dipengerusikan oleh Cik Nurulzamzam bt. Hj. Shafiíe, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong dan Mesyuarat Keselamatan Pejabat dipengerusikan oleh Cik Azira binti A.Manan, Pegawai Keselamatan Jabatan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong.
Mesyuarat diadakan bagi membincangkan berkenaan pengurusan pentadbiran pejabat, tadbir urus kewangan, aset&stor, pembentangan perancangan serta pelaporan program Belia, Sukan dan Rakan Muda yang akan datang dan yang telah dilaksanakan serta perbincangan berkaitan pematuhan aspek keselamatan pejabat mengikut garis panduan arahan keselamatan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#PBSBBetong