
- JBS Sarawak
- Hits: 89
PESERTA BETONG TURUT MENYERTAI PROGRAM RAKAN MUDA RAMADAN, PERTANDINGAN HAFAZAN PERINGKAT NEGERI SARAWAK
- JBS Sarawak
- Hits: 89
Disediakan oleh: JT, JBSN Sarawak
BETONG, 21 Mac 2025 - Program Rakan Muda Ramadan, Pertandingan Hafazan Peringkat Negeri anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah diadakan pada 18 Mac 2025 bertempat di Surau Kompleks Islam Sarawak Majma, Kuching. Pertandingan Hafazan tersebut turut disertai oleh peserta dari Betong iaitu Saudara Muhamad Aiman Haziq bin Abdul Hamid kategori lelaki dan Saudari Ainul Amirah Hanan binti Abdul Hamid kategori wanita. Kedua-dua mereka adalah pelajar dari SMK Agama Saratok dan merupakan Johan Pertandingan Hafazan Peringkat Bahagian Betong yang telah diadakan pada 13 Mac 2025 lalu di Mini Auditorium SMK Agama Saratok.
Pasukan Betong telah diketuai oleh Cik Jojo anak Tehan, dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong selaku pegawai pengiring, Ustaz Musmualim bin Muhamad dan Ustazah Arifah Amalina binti Abusamat guru pengiring dari SMK Agama Saratok. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong mengucapkan syabas dan tahniah kepada wakil Betong serta tahniah juga kepada Saudari Ainul Amirah Hanan binti Abdul Hamid yang mendapat tempat Ketiga Pertandingan Hafazan Peringkat Negeri bagi kategori wanita.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#pbsbbetong