- JBS Sarawak
- Hits: 177
KEJOHANAN WUSHU ANTARA SEKOLAH BAHAGIAN SIBU 2024 ANJURAN PERSATUAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI (QUAN SHU) BAHAGIAN SIBU
Disediakan oleh: Nfk, JBSN Sarawak
17 November 2024, Sibu - Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu telah menghadiri Jemputan ke Majlis Penutupan Kejohanan Wushu antara Sekolah Bahagian Sibu 2024 dan seterusnya menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada para peserta dan pemenang. Kejohanan yang diadakan pada 17 November 2024 bertempat di SJK (C) Tung Hua Sibu ini telah dianjurkan oleh Persatuan Seni Mempertahankan Diri (Quan Shu) Bahagian Sibu dan disertai oleh kanak-kanak seawal usia 4 tahun dan juga turut disertai oleh pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah di sekitar Sibu. Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur atas penganjuran acara ini dan terima kasih kerana sentiasa berusaha untuk terus menganjurkan aktiviti-aktiviti sukan di peringkat komuniti dan akar umbi dalam usaha untuk melahirkan pelapis hebat untuk masa hadapan.
Sumber Gambar: Helen Tang Photography
- JBS Sarawak
- Hits: 177
