
- JBS Sarawak
- Hits: 59
LAWATAN RASMI PEMANTAUAN PELAKSANAAN PROGRAM MYCORPS @BORNEO 2.0
- JBS Sarawak
- Hits: 59
LAWATAN RASMI PEMANTAUAN PELAKSANAAN PROGRAM MYCORPS @BORNEO 2.0
Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak
KUCHING, 3 MAC 2025 – Pada 25 Februari 2025 yang lalu, Yang Berusaha Puan Azura Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara telah membuat lawatan rasmi pemantauan pelaksanaan program MyCorps di Kampung Chawan, Kuching. Kedatangan beliau telah diiringi oleh Encik Lamat Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dan telah disambut oleh peserta MyCorps dan penduduk Kampung Chawan. Projek MyCorps ini merupakan projek khidmat komuniti selama 4 minggu bermula 4 Februari hingga 2 Mac 2025.
Peserta-peserta terdiri daripada belia yang berumur antara 18-30 tahun. Pelaksanaan MyCorps Borneo menumpukan matlamat - matlamat seperti kesihatan baik dan kesejahteraan, pendidikan berkualiti, kesaksamaan gender, air bersih dan sanitasi, pekerjaan yang sesuai dan pembangunan ekonomi dan kerjasama demi matlamat.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
#MyCorps