
- JBS Sarawak
- Hits: 92
TAKLIMAT PENERIMA DANA SUKAN KOMUNITI (DSK) JENDELA 3 NEGERI SARAWAK
- JBS Sarawak
- Hits: 92
Disediakan oleh : RJH, JBSN Sarawak
KUCHING, 27 Mac 2025 – Taklimat bagi penerima Dana Sukan Komuniti (DSK) Jendela 3 peringkat Negeri Sarawak telah diadakan hari ini di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak serta secara dalam talian menerusi Google Meet.
Taklimat ini bertujuan memberi penerangan kepada penerima mengenai prosedur penggunaan dana, garis panduan pelaksanaan program, serta aspek pemantauan dan pelaporan kewangan. Seramai 22 penerima dana, terdiri daripada wakil badan sukan telah menghadiri sesi ini.
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dalam ucapannya menekankan kepentingan pengurusan dana yang berintegriti bagi memastikan impak maksimum kepada pembangunan sukan komuniti. Beliau juga menggalakkan penerima untuk memanfaatkan bantuan ini dalam memperkasakan aktiviti sukan di peringkat akar umbi.
Selain itu, sesi soal jawab turut diadakan bagi membolehkan peserta mendapatkan penjelasan lanjut mengenai perkara berkaitan. Taklimat ini diharapkan dapat membantu penerima melaksanakan program sukan dengan lebih berkesan dan memberi manfaat kepada masyarakat setempat.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamSukan
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama