- JBS Sarawak
- Hits: 70
CALON APBN BAHAGIAN BINTULU SEDIA DALAM SESI PENILAIAN APBN TAHUN 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 70
Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 13 MAC 2025 – kelmarin, calon- calon Anugerah Perdana Belia Negara Bahagian Bintulu telah menghadiri satu sesi penilaian secara atas talian melalui platform google meet. Sesi penilaian tersebut telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 11 dan 13 Mac 2025. Bagi calon APBN Bahagian Bintulu, Sesi temuduga tersebut telah dilakukan di tingkat 3 Bilik Mesyuarat Wisma Persekutuan Bintulu.
Pihak pejabat telah mencalonkan sebanyak tiga kategori bagi Bahagian Bintulu tahun ini. Antaranya, Puan Tiong Kung Lin bagi kategori individu wanita, kategori individu lelaki Encik Mohamad Amirul Mukminin dan Encik Toh Ting Jing. Manakala bagi kategori pertubuhan pula, Kelab Belia Tanjung Kidurong (JCI).
Diharap agar semua calon Bahagian Bintulu dapat melepasi dan berjaya dalam sesi penilaian yang telah dijalankan baru-baru ini.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama