Disediakan oleh : MLA, JBSN Sarawak
KOTA SAMARAHAN, 28 Oktober 2024 - Pejabat belia dan Sukan telah menganjurkan Program Kem Belia 2024 Peringkat Negeri Sarawak pada 25 – 27 Oktober 2024bertempat di Institute Latihan Perindustrian Kota samarahan. Seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada 42 orang peserta lelaki dan 18 orang peserta perempuan. Peserta telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti termasuk aktiviti berbentuk ceramah dari agensi seperti PDRM, SKM dan AADK. Disamping itu juga, peserta telah melakukan aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelawanan dengan membuat kerja gotong royong mengecat dan membersihkan kawasan sekitar sekolah Kebangsaan Binyu.
Penutupan program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Encik Ronnie Boniface Nugi, wakil Pengarah ILP Encik Zohari Bin Abd Ghani dan Wakil Persatuan Belia Samarahan Encik Razis Bin Paimin.
- JBS Sarawak
- Hits: 239
