
- JBS Sarawak
- Hits: 77
MESYUARAT JAWATANKUASA PENYELARAS PENYENGGARAAN BANGUNAN GUNASAMA PERSEKUTUAN SARAWAK BAHAGIAN SAMARAHAN PENGGAL 2025-2027
- JBS Sarawak
- Hits: 77
Disediakan oleh : MLA, JBSN Sarawak
SAMARAHAN, 05 MAC 2025 – Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Penyenggaraan Bangunan Gunasama Persekutuan Sarawak Bahagian Samarahan telah diadakan pada 05 Mac 2025 di Bilik Mesyuarat Gunasama, Wisma Persekutuan Kota Samarahan. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En. Muhammad Asraf Bin Md Nor, Pegawai Pejabat Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Bahagian Samarahan yang kini memegang jawatan sebagai Pengerusi baharu untuk penggal 2025-2027.
Dalam mesyuarat tersebut, pelbagai agenda penting telah dibincangkan yang merangkumi aktiviti dan program sepanjang tahun 2025. Antara agenda utama yang mendapat perhatian adalah cadangan untuk mengadakan Program Bubur Lambuk dan Ramah Tamah Aidil Fitri, yang bertujuan untuk merapatkan hubungan antara kakitangan pelbagai agensi dan memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat.
Encik Muhammad Asraf dalam ucapannya menekankan pentingnya kolaborasi dan penyelarasan yang baik antara agensi yang berkenaan demi mencapai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan. “Kami ingin memastikan setiap program yang dilaksanakan dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat dan memperkukuhkan lagi jaringan kerjasama di antara agensi,” katanya.
Program Bubur Lambuk dijadualkan untuk dilaksanakan menjelang bulan Ramadhan, manakala Ramah Tamah Aidil Fitri dirancang untuk memeriahkan sambutan hari raya di kalangan warga kerja dan masyarakat. Mesyuarat juga menggariskan pentingnya setiap ahli jawatankuasa untuk memainkan peranan aktif dalam menjayakan semua aktiviti yang dirancang.
Pelbagai usul dan cadangan juga dibentangkan oleh ahli jawatankuasa yang lain, menunjukkan semangat kerjasama dan inisiatif dalam memastikan penggal ini berjalan lancar. Turut hadir pada mesyuarat tesebut adalah Puan Norliat Li, Pembantu Belia dan Sukan mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan bagi menyokong dan sentiasa memberi kerjasama sepanjang aktiviti dan program diadakan.
Mesyuarat ditutup dengan harapan agar semua program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya dan memberi impak positif kepada masyarakat di Bahagian Samarahan. Bagi ahli jawatankuasa, mesyuarat ini menjadi platform yang baik untuk berkongsi idea dan merancang aktiviti yang bermanfaat bagi penggal yang akan datang.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#HarungiBersama