
- JBS Sarawak
- Hits: 66
PROGRAM BUBUR LAMBUK SEMPENA RAMADHAN 1446H ANJURAN JAWATANKUASA PENYELARAS PENYENGGARAAN BANGUNAN GUNASAMA PERSEKUTUAN SARAWAK BAHAGIAN SAMARAHAN 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 66
Disediakan oleh : MLA, JBSN Sarawak
SAMARAHAN, 12 Mac 2025 – Dalam suasana penuh keberkatan Ramadhan, Jawatankuasa Penyelaras Penyenggaraan Bangunan Gunasama Bahagian Samarahan telah mengadakan Program Bubur Lambuk yang berlangsung dengan meriah di Dewan Serbaguna bangunan tersebut. Program ini diadakan pada 12 Mac 2025 bersamaan 11 Ramadhan 1446H dan bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama dan ukhuwwah di kalangan kakitangan pelbagai agensi.
Acara dimulakan dengan aktiviti memasak bubur lambuk secara gotong-royong yang melibatkan lebih daripada 50 orang sukarelawan daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta yang beroperasi di sekitar Samarahan. Program ini bertujuan bukan sahaja untuk merayakan bulan suci Ramadhan tetapi juga untuk memberikan sumbangan kepada masyarakat dengan agihan bubur lambuk kepada pengguna jalan raya dan warga sekitar.
Pengerusi Jawatankuasa,Encik Muhammad Asraf Bin Md Nor, berkata, “Program ini adalah salah satu cara untuk kami menyebarkan kasih sayang dan keprihatinan kepada masyarakat. Di samping itu, ia juga menjadi platform bagi kami untuk merapatkan hubungan antara agensi dan kakitangan serta menyemarakkan semangat gotong-royong.”
Bubur lambuk yang dihasilkan diagihkan kepada kakitangan dan juga kepada pengguna jalan raya kawasan bangunan tersebut. Bagi orang ramai yang berhenti seketika, mereka diberikan hidangan percuma sambil menikmati suasana Ramadan yang penuh yang penuh makna.
Aktiviti ini mendapat sambutan yang sangat positif daripada semua yang terlibat. Masyarakat setempat dijemput untuk merasai kelezatan bubur lambuk, yang disediakan dengan penuh kasih sayang dan budi. Turur hadir bersama membantu dalam gotong royong memmasak bubur lambuk iaitu En. Abu Zaid Bin Abu Bakar, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Samarahan mantan sebagai Pengerusi Jawatankuasa pada tahun 2023-2024.
Program Bubur Lambuk ini diharapkan dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang bagi meneruskan tradisi dan memupuk semangat perpaduan, serta memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan di bulan yang mulia ini.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#HarungiBersama