
- JBS Sarawak
- Hits: 92
KEJOHANAN XIANG QI BAHAGIAN SAMARAHAN 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 92
Disediakan oleh : MLA, JBSN Sarawak
SAMARAHAN, 23 MARCH 2025 – Persatuan Xiang Qi Bahagian Samarahan telah mengadakan Kejohanan Xiang Qi Bahagian Samarahan 2025 bertempat di Kuching Sentral Kuching.
Kejohanan Xiang Qi merujuk kepada pertandingan yang melibatkan permainan Xiangqi (juga dikenali sebagai catur Cina). Xiangqi adalah permainan papan tradisional yang popular di China dan beberapa negara Asia lainnya. Ia mempunyai beberapa persamaan dengan catur Barat, tetapi mempunyai peraturan dan papan permainan yang berbeza. Seramai 76 orang peserta telah menyertai kejohanan ini yang terdiri daripada beberapa kategori, selama 2 hari. Kejohanan ini telah menerima bantuan dari Dana Sukan Komuniti (DSK) KBS Peringkat Negeri Sarawak.
Majlis Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Encik Yap Yau Sin, ADUN N.12 Kota Sentosa turut hadir adalah Puan Liew Sin Hua, Pengerusi Persatuan Xiang Qi Samarahan, Encik Mark Leroy Anak Anthony, Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Samarahan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#HarungiBersama